Selamat menyambut nisfu shaaban... alhamdulillah malam nie tenang je.. walaupun ada yg memblog untuk mencipta rekod pertama /terakhir catatan untuk kehidupannya... baik buruk pada nawaitunya...
cerita yg sampai langsung tidak mebuatkan aku melatah, aku hanya mampu tersenyum.. Alhamdulillah, masing2 dapat melihat... tidak sesekali aku nak membalas... terpulang hak masing2 untuk mempertimangkannya...
Alhamdulillah, aku akui hubby aku telah tercipta untuk aku... dan itu ketentuan rezki dari yang Esa... semakin hari sayang tue kuat bertaut, lagi2 dengan kehadiran cahaya mata yg agak comel dan keletah... dan aku tidak pernah ingin mengundurkan masa untuk cari cerita lama.. kerna cerita hidup aku yang terbaik telah diberikan olehNya...
Dari cerita lama diungkit aku tahu itu dituju untuk diri aku, cuba dipaparkan pada dinding sosial group yg pernah aku aktive dulu... tidak dinafikan cerita yg disampaikan itu ada yg benar tp bukan semuanya betul, malah diolah bertapa buruk dan hinanya aku... tangisan aku beberapa hari slm mlm pertunangan juga tidak dinyatakan, malah tangisan aku tidak dilayan.. aku berkeras untuk tidak mahu menerima kunjungan rombongan pun tidak dinyatakan.. aku bermasam muka ketika diminta memilih cincin pertunangan juga tidak diwar2kan... ketika majlis pertunangan abah langsung tidak meletakkan jumlah wang hantaran.. cuma janji mulut terikat selama 1 tahun jika ada maka adalah, jika tiada itu sebaliknya.. walaupun berkias seharusnya perlu difahami.. sbb tangisan aku bersaksi dan seharusnya dimengerti..
Setiap satu kesulitan akan ada penyelesaiannya.. kebahagiaan kami langsung tidak goyah dgn perkhabaran ini.. yg mengenali aku lebih memahami.. moga nisfu shaaan ini membuka tirai baru dan terbaik untuk aku dan keluarga tercinta... :D
Setiap satu kesulitan akan ada penyelesaiannya.. kebahagiaan kami langsung tidak goyah dgn perkhabaran ini.. yg mengenali aku lebih memahami.. moga nisfu shaaan ini membuka tirai baru dan terbaik untuk aku dan keluarga tercinta... :D
No comments:
Post a Comment